Khamis, 7 Januari 2010

Umno S'gor gesa sultan campur tangan

Abdul Rahim Sabri


Pemuda Umno Selangor tetap dengan keputusannya menangguhkan rancangan mengadakan demonstrasi esok berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh mingguan Katholik, Herald.

Sebaliknya, pergerakan itu bersama Umno Selangor akan menghantar memorandum memohon Sultan Selangor supaya campur tangan bagi menangani isu tersebut.

Berikutan itu, ketua pergerakan tersebut, Suhaimi Mohd Ghazali berkata memorandum tersebut akan dihantar kepada istana Selangor petang ini.

'Kita hendak mencari jalan penyelesaian. Salah satu daripadanya ialah dengan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau menjangka kira-kira 1,000 umat Islam akan hadir sama sewaktu penyerahan memorandum tersebut.

Tiada ulasan: