Sabtu, 23 Januari 2010

Tarekat Ismailiyyah: Selangor rujuk Jakim

SELANGOR KINI


SHAH ALAM. - Jabatan Mufti Selangor akan menyerahkan hasil muzakarah mengenai Tarekat Ismailiyyah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan ajarannya yang menyimpang daripada Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, selepas kajian di peringkat Jakim, barulah laporan itu diperhalusi di peringkat muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, muzakarah yang diadakan kelmarin mendapati pengasas tarekat itu, Mahmud Abdul Rahman, 67, masih keliru dan gagal menerangkan kesahihan ajaran yang disebarkan itu.

“Dalam muzakarah itu, Mahmud mengakui menerima wahyu dari langit sekali gus menyamakan dirinya dengan rasul serta selalu berjumpa Nabi Khidir,” katanya di sini.

Beliau menjelaskan, Selangor telah mewarta dan memfatwakan ajaran itu menyeleweng daripada ajaran Islam pada 1995.

Namun, jelasnya, bagi mensabitkan amalan tarekat itu bercanggah dengan ajaran Islam dari sudut undang-undang adalah amat sukar kerana ia melibatkan aspek akidah yang sukar dibuktikan.

Katanya, susur galur Tarekat Ismailiyyah juga agak bercelaru.

Tiada ulasan: