Selasa, 12 Januari 2010

Projek ‘Gula Sabah’ hanya khayalan?

Kiriman: LUQMAN HAREEZ ABDULLAH


Projek Pembinaan Kilang Gula Sabah berserta ladang Tebu yang dulunya pernah menjadi sebutan dan harapan kepada rakyat di daerah Kuala Penyu untuk memperoleh peluang pekerjaan semakin lesap dari pandangan dan ingatan.papan tanda yang tersergam indah sekitar tahun 1999 bertajuk “GULA SABAH” telah musnah sepenuhnya mengikut peredaran masa.

Pada satu ketika,projek ini banyak memberi peluang pekerjaan kepada belia di sekitar daerah Kuala Penyu.namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.bagaikan menunggu bulan jatuh keriba.begitulah ungkapan yang boleh digambarkan kepada rakyat di daerah Kuala Penyu yang pernah berbangga dengan projek GULA SABAH.hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun,namun keadaan tetap sama tanpa sebarang perkembangan.kini yang tinggal hanyalah Pejabat yang usang,lalang menghijau dan traktor usang.kemana perginya Kilang Gula dan Ladang Tebu tersebut?

Ada baiknya tanah tersebut diagihkan kepada rakyat di Kuala Penyu untuk tujuan pertanian sekiranya projek Gula Sabah tidak diteruskan lagi.ataupun ganti dengan projek baru yang mana sesuai dan menepati kehendak rakyat di Kuala Penyu seiring dengan pembangunan semasa.untuk apa kami di Kuala Penyu menanti hasil Lalang yang subur lagi hijau.”entah apa-apa entah”.

Sering menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Kuala Penyu bilakah akan wujudnya Kilang Gula berserta ladang tebu tersebut apabila pembukaan kawasan baru projek ini di Kg.Kilugus.kami di daerah Kuala Penyu sering menanti,menunggu dan mengharap akan pelaksanaan projek Gula Sabah.kilang yang kononya dibina kira-kira 500m dari Roundabout Kg.Kayul hanya tinggal dalam kenangan rakyat di Kuala Penyu”Selamat Tinggal Gula Sabah,nama mu tetap kami banggakan walaupun ianya berupa sementara”.

Tiada ulasan: