Ahad, 17 Januari 2010

Presiden Parti Makkal Sakti dipecat

MALAYSIA KINI



Jawatankuasa siasatan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) hari ini membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran selepas beliau gagal menjawab beberapa tuduhan terhadapnya.

hindraf thanenthiran supports anwar ibrahim pc 160908 02Thanenthiran tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabat parti itu di Shah Alam.

Keputusan tersebut dibuat oleh 14 daripada 27 ahli jawatankuasa pusat selepas sejam bermesyuarat. Baki 13 ahli lagi tidak hadir.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, timbalan presiden MMSP, A Vathermurthy mendakwa enam daripada 13 ahli jawatankuasa yang tidak hadir itu, adalah atas pagar dan tujuh lagi menyokong presiden.

Di akhir mesyuarat tersebut, naib presiden, Ramesh yang juga saudara lelaki Thanenthiran, tiba di ibupejabat MMSP.

Menurutnya, mereka tidak mengiktiraf apa keputusan tersebut kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan.

MMSP yang menyokong BN dilancarkan Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan: