Isnin, 25 Januari 2010

Peruntukan DUN: Pendengaran awam SELCAT bermula esok

Harakahdaily


SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor akan mengadakan sambungan pendengaran awam terhadap peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi tahun 2008 dan 2009 bermula esok.

Sekretariat akhbar kerajaan negeri Selangor dalam satu kenyataan memberitahu, ianya akan berlangsung sehingga 2 Februari 2010 dengan bermula pada jam 10 pagi setiap hari di Bilikan Gerakan, Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Menurut kenyataan itu, antara saksi-saksi dalam Pendengaran Awam kali ini adalah Pegawai Daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Petaling.

Mereka akan memberi keterangan berhubung kes peruntukan kawasan tahunan Adun yang habis dibelanja dalam tempoh tiga bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun 2008.

Menjelang pilihanraya lalu, setiap Adun diperuntukan antara RM500,000 hingga RM600,00 ringgit untuk melaksanakan program mesra rakyat sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun semua peruntukan berkenaan didapati habis dibelanjakan pada pilihan raya umum lalu.

Selcat yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Teng Chang Khim Teng dan dianggotai lima anggota jawatankuasa lain tersebut Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha, Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak, Adun Dusun Tua, Ismail Sani dan Adun Bukit Gasing, Edward Lee.

Pendengaran awam tersebut bagaimanapun terbuka kepada orang ramai dan media.

Tiada ulasan: