Ahad, 10 Januari 2010

Pemuda MCA: Mesej PM tidak jelas

MERDEKA REVIEW


Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen membidas penceroboh gereja kerana menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia, malah menggesa Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk memberi arahan segera, supaya melarang sebarang aktiviti demonstrasi atau kelakuan protes yang ektrem. Jikalau tidak, semangat "1Malaysia" yang disarankan beliau hanyalah bahan sindiran semata-mata, katanya.

Chai Kim Sen (gambar kiri) juga menyelar mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan gereja, kerana tindakan sedemikian bukan sahaja bagaikan peperangan terhadap orang yang tidak seagama, malah juga peperangan terhadap kesejahteraan Malaysia. Beliau juga menyifatkan bahawa tindakan ini tidak rasional.

Chai Kim Sen menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bertenang, dan tidak memburukkan keadaan pada masa kini.

Chai Kim Sen berkata, pencerobohan gereja dengan sengaja ini telah dikaitkan dengan pertubuhan Islam, terutamanya mereka yang mendakwa akan mengadakan demonstrasi. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, maka hubungan harmoni yang terjalin antara agama di Malaysia dalam setengah abad yang lalu akan terjejas.

"Malaysia bukan negara yang huru-hara, juga bukan seperti di Timur Tengah yang tiada keamanan antara agama dengan agama lain. Ini kali pertama di Malaysia di mana rumah ibadat dicerobohi secara berturutan. Ia menjejaskan imej Malaysia di global, dan juga satu sindirian terbesar buat semangat '1Malaysia'," katanya.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau mendakwa Najib belum memberi mesej yang jelas, sekadar dengan kenyataan "kerajaan tidak dapat halang demonstrasi". Hujah ini telah diputar belit oleh mereka yang berniat jahat, dengan menganggap sebarang bentuk protes direstui kerajaan, malah dengan sewenang-wenangnya melancarkan kegiatan protes yang lebih ekstrem.

"Saya berharap Najib segera menurunkan arahan untuk menghalang sebarang aktiviti protes, dan menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang terlibat. Seandainya keadaan sedemikian tidak dihentikan daripada menular secara berleluasa, saya khuatir keadaan hilang kawal. Teladan baik oleh Malaysia dalam hubungan antara kaum dan agama, akan musnah sekelip mata. "

Chai Kim Sen juga Timbalan Presiden Perhubungan MCA Wilayah Persekuatuan, beliau menggesa agar polis memperbanyakkan rondaan di gereja sekitar kawasan Lembah Klang, untuk mengelakkan keadaan lebih banyak gereja diceroboh. Pada masa yang sama, beliau berharap kerajaan menangkap mereka yang terlibat, dan menghalang isu daripada merebak.

*Kenyataan media oleh Chai Kim Sen selaku Setiausaha Pemuda MCA dalam bahasa Cina, diterjemahkan.

Tiada ulasan: