Rabu, 6 Januari 2010

Pelajar kini boleh dapat kad diskaun 50 peratus KTMB

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Pelajar tempatan berumur 13 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di semua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan antara bandarnya.

Kad diskaun itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, mula dikeluarkan KTMB sejak semalam.

"Pengeluaran kad ini tertakluk kepada syarat dan kami berikan hanya untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi sahaja," kata Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi.

Kad ini layak diperoleh oleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh. -

Tiada ulasan: