Selasa, 19 Januari 2010

Pasport dibeku jika langgar undang-undang

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memberi amaran akan membekukan pengeluaran pasport rakyat negara ini antara dua hingga 10 tahun jika mereka didapati melakukan kesalahan di luar negara termasuk tinggal melebihi tempoh.

Bagi kesalahan berkaitan dadah pula, tempoh penahanan pengeluaran pasport minimum 10 tahun akan dikenakan kerana kesalahan itu serius.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata langkah itu adalah sebagai peringatan kepada rakyat negara ini supaya menjaga tingkah laku dan imej Malaysia ketika berada di negara asing, sama seperti yang warga negara ini mahu rakyat asing lakukan ketika berada di sini.

Beliau berkata, tempoh pembekuan pengeluaran pasport itu bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan di negara asing selepas mereka pulang ke sini.

“Rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara asing diingatkan supaya mematuhi undang-undang. Tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mereka jika melanggar undang-undang negara berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan: