Isnin, 4 Januari 2010

Pas umum pendirian hari ini

UTUSAN ONLINE


KUALA TERENGGANU - Pas akan memutuskan pendirian berhubung isu gereja dibenarkan menggunakan perkataan Allah yang dibantah keras umat Islam pada mesyuarat khas di ibu pejabat parti itu esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas malam esok di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu berkenaan sebelum membuat pendirian.

"Tunggulah, kita akan adakan mesyuarat malam esok bagi membincangkan isu penggunaan perkataan Allah oleh Herald-The Catholic Weekly," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mustafa mengulas mengenai pendirian Pas berhubung keputusan mahkamah Khamis lalu yang membenarkan penerbitan Gereja Katolik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

Ditanya pandangan beliau secara peribadi dalam isu berkenaan, beliau hanya menjawab:

"Biarlah kita serahkan kepada mesyuarat parti malam esok, saya tak boleh beri pandangan, kita mahu suara daripada parti Pas sendiri."

Tiada ulasan: