Ahad, 10 Januari 2010

Pas Sedia Berdialog Jernih Hubungan Kaum

SELANGOR KINI


Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui selepas Taklimat Penerangan Pas Pusat di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui selepas Taklimat Penerangan Pas Pusat di Auditorium MBSA, Shah Alam.

SHAH ALAM, 09 Jan - Dalam usaha mengembalikan keharmonian, gerakan Islam terbesar tanahair bersedia berdialog dengan pihak gereja dalam mengatasi polemik penggunaan kalimah Allah.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia Abdul Hadi Awang berkata Pas bersedia merintis jalan mewakili umat Islam Malaysia bagi membendung pertelingkahan dari membarah.

“Pas sedia berdialog dan menghadiri sebarang majlis untuk memberi kefahaman ini kepada rakyat dan kita mengharapkan supaya ruang diberi kepada Pas melalui media supaya kita menjelaskan hakikat ajaran Islam yang sebenar kerana selama ini ajaran Islam sendiri telah ditutup dan dikongkong oleh undang-undang yang ada dalam negara kita,” katanya.

“Kalimah Allah ini satu kalimah benar, kalimah yang betul, tetapi dihuraikan dengan cara yang mempunyai matlamat yang salah, ada kalangan yang mengambil kesempatan berkalimah yang suci ini, inilah yang silapnya tidak kira siapa, semua pihak,” tambah beliau.

Bercakap kepada media di Taklimat Penerangan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini, mengulangi kecaman terhadap keganasan keatas gereja Kristian.

Dalam nada tegas, Hadi berkata Pas tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana ahli yang didapati menyertai perhimpunan membantah kalimah Allah semalam.

“Saya merasa kesal daripada apa yang berlaku itu kerana bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama yang harmoni selama ini. Apa yang mendukacitakan sekiranya berlaku daripada orang Islam itu satu benda yang menyentuh ajaran Islam itu sendiri,” katanya.

“Cuma kita memberi arahan orang kita jangan libat dalam demonstrasi bukan saya jamin kalau ada orang Pas yang terlibat dalam bakar gereja ini, kita akan ambil tindakan disiplin, dan ada undang-undang dalam Pas untuk ambil tindakan, bila ada ahli yang buat sesuatu yang bercanggah dengan konsep parti kita”, tegas beliau.

Tiada ulasan: