Isnin, 18 Januari 2010

Nelayan Kecewa Jeti Akan Dirobohkan


- terasa ‘dipermainkan’ oleh sandiwara politik pihak tertentu

KUALA TERENGGANU – “Jangan hanya pandai menyusun kata-kata atau melemparkan janji-janji

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/bantahrobohjeti1.jpgkosong kepada kami sebagai rakyat di sini dan buktikan lah slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

yang sering di gembar gemburkan kerajaan hari ini,”tegas seorang nelayan Mohd Mudzi Endut, 42, mewakili yang membantah keputusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Beliau mewakili lebih 30 ‘nelayan bubu’ di Kampung Losong Lebai Salleh disini yang kecewa dengan keputusan MBKT akan merobohkan jeti mereka.

Menurutnya, nelayan terbabit tidak pernah sesekali berniat untuk ‘melawan’ keputusan yang diambil, namun, sekurang-kurangnya MBKT perlu memberi pilihan, menggantikan tempat baru kepada mereka.

“Kami terima keputusan ini walaupun sedar bahawa seolah-olah dipermainkan dalam sandiwara dunia politik hari ini. Kami tidak boleh menolak keputusan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya pihak mereka perlulah sediakan tempat baru kepada kami,”ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita20/bantahrobohjeti.jpgKatanya, pangkalan tersebut adalah amat penting kerana ia menjadi pusat membuat dan membaiki bubu mereka.

Sementara itu, seorang nelayan lain, Abdullah Ismail, 55, mendakwa, keputusan MBKT tidak ‘berperikemanusiaan’ kerana seolah-olah menzalimi dan menutup sumber rezeki para nelayan setempat.

“Saya tidak nampak apa punca sebenar yang menyebabkan pangkalan ini perlu dirobohkan. Alasan MBKT menyatakan lokasi pangkalan yang tidak sesuai memang tidak logik dan langsung tidak boleh diterima pakai.

“Ini sebab, pangkalan ini sebelum ini adalah dibina oleh pihak mereka juga dan mengapa sebelum membina pangkalan ini, mereka tidak membuat kaji selidik dengan lebih terperinci dan mengapa hari ini, isu lokasi tidak sesuai ini timbul?” katanya.

Menurutnya, para nelayan di sini terasa seolah-olah ‘dipermainkan’ untuk kepentingan politik semata-mata kerana pada dasarnya kelulusan permohonan pembinaan pangkalan ini dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun lalu.

“Buat pengetahuan, pada awalnya, kami nelayan di sini memang tidak ada tempat khas untuk membuat dan membaiki bubu. Dulu, kami melakukan kerja-kerja ini di rumah masing-masing dan di tepi-tepi sungai ini.

“Jadi, ketika musim pilihan raya kecil tahun lalu, kami sepakat untuk memohon kepada kementerian berkaitan agar menyediakan sebuah pangkalan untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada kami melakukan kerja-kerja ini. Alhamdulilah, permohonan kami diluluskan dan pihaknya mendirikan pangkalan ini pada bulan Disember tahun lalu,” katanya.

Tiada ulasan: