Jumaat, 29 Januari 2010

Negeri Yang Mana Paling Miskin ?

Oleh Sofi Wahab

Negeri mana paling miskin dan paling kaya di Malaysia. Negeri BN atau negeri PR. Semua ini ada fakta yang tidak dapat dinafikan. Jadi pihak media dan BN jangan sembrono menuduh yang bukan-bukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana hakikatnya negeri yang paling miskin adalah negeri BN dan negeri paling kaya ialah negeri PR.

Kalau tidak percaya sila rujuk statistik dan data dari Kementerian Kewangan.Kerajaan Kelantan hari ini mendedahkan bahawa kadar kemiskinan di Kelantan telah menurun kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada 2007 dan 10.4 (2004).

Ini bermakna kadar kemiskinan di Kelantan 0.3 peratus lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan peringkat negara iaitu 3.8 peratus.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi kategori penduduk miskin tegar Kelantan hanya mempunyai 0.6 peratus, di mana jumlah itu jauh lebih rendah berbanding peringkat kebangsaan 0.8 peratus.

Beliau berkata, perangkaan tersebut didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan datang berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi perlaksanaan RMK-10, 25 Januari lalu.

ISA Makin Mencengkam

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein semalam, mengesahkan 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Jelas sekali undang-undang ISA yang berkuasa menahan sesiapa sahaja tanpa bicara masih mencengkam dan terus dipertahankan. Walaupun kerajaan melaung-laungkan untuk mengubah atau memperbaiki undang-undang drakonian ini tetapi ianya masih belum menjadi kenyataan.

Sampai bilakah undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini akan digunapakai. Mungkin selepas kerajaan BN jatuh pada pilihanraya akan datang barulah ianya dihapuskan. Selagi ada BN, ISA sudah tentu akan ada kerana mungkin ada udang di sebalik 'mee' mengapa ia dikekalkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat mengharapkan ia dikaji dan seterusnya dihapuskan dengan segera bagi memastikan hak asasi manusia di bumi Malaysia ini dipertahan dan didaulatkan. Undang-undang lain yang ada di negara tercinta ini sudah cukup untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan negara kita

Tiada ulasan: