Sabtu, 23 Januari 2010

Nazree letak jawatan Pengerusi Gerak

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Sekriteriat Gerak Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan perletakkan jawatan Mohd Nazree Mohd Yunus sebagai Pengerusi Gerak Malaysia berkuat kuasa serta merta pada hari ini 23 Januarai 2010 bagi menyertai politik.

Keputusan itu dimaklumkan dibuat setelah perbincangan dibuat Nazree bersama Ahli Majlis Tertinggi Gerak Malaysia.

"Beliau juga telah memaklumkan kepada Ahli Majlis Tertinggi dan sukarelawan Gerak dalam siri-siri pertemuan bersama mereka berkaitan hasrat untuk meletakkan jawatan bagi menyertai politik adalah bertujuan supaya Gerak Malaysia terus kekal sebagai badan bebas, neutral dan non-partisan dalam usaha badan ini berjuang membudayakan integriti dan anti korupsi," kenyataan itu dipetik.

Namun Nazree didakwa tidak mahu mengumumkan parti mana yang menjadi pilihan beliau kerana menghormati Gerak Malaysia dan parti politik yang bakal disertai dan menyerahkan kepada pimpinan parti yang akan disertainya untuk membuat pengumuman.

"Pengerusi Gerak juga mengucapkan terima kasih atas alu-aluan berkenaan penyertaan beliau ke dalam parti politik oleh Ketua Penerangan PAS, UMNO dan PKR sepertimana yang telah dilaporkan oleh Akhbar Sinar Harian pada 18 Januari lepas. Pengumuman penyertaan beliau ke dalam parti politik akan dibuat oleh parti yang berkenaan pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Kenyataan tersebut juga memberitahu, struktur Gerak yang lain bagaimanapun kekal seperti biasa melainkan bagi jawatan Pengerusi Gerak yang akan dikosongkan Nazree berkuatkuasa pada hari ini.

Tiada ulasan: