Khamis, 14 Januari 2010

Mansuhkan peraduan melalui SMS: Murugiah


BERNAMA


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata, peraduan melalui SMS perlu dimansuhkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.

“Saya menerima banyak aduan mengenai penipuan peraduan melalui SMS ini.

Justeru, saya berpendapat ia perlu dimansuhkan kerana ia juga mempunyai unsur perjudian.

“Penganiayaan bukan sahaja melibatkan wang beratus ringgit malah ratusan ribu ringgit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengadu melalui Biro Pengaduan Awam (BPA) di sini, semalam.

Murugiah berkata, bahawa kadangkala hadiah yang diperoleh oleh peserta tidak seperti yang dijanjikan.

“Malahan peserta perlu menjelaskan bil bayaran lebih tinggi berbanding nilai hadiah yang diperoleh,” katanya.

Tiada ulasan: