Ahad, 17 Januari 2010

Mangsa Banjir Di Telupid & Kinabatangan Meningkat

BERNAMA


SANDAKAN: Jumlah penduduk di Telupid dan Kinabatangan yang dipindahkan akibat banjir meningkat kepada 951 orang hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 852 orang ialah dari Telupid manakala 99 lagi dari Kinabatangan.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Telupid Rozita Daha berkata Kampung Kiabau, Kampung Ansuan dan Kampung Baba di Telupid antara yang terjejas teruk akibat banjir serta terputus hubungan jalan raya dengan kawasan lain.

"Kampung terbabit dinaiki air selepas paras air sungai Maliau dan sungai Labuk naik secara mendadak sejak semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Kinabatangan Arisin Arifin berkata paras air di sungai Kinabatangan kini melebihi paras bahaya iaitu 9.85 meter.

Beliau berkata kampung yang terjejas adalah Kampung Balat, Kampung Sangau, Kampung Bukit Garam, Kampung Pelangi dan Kampung Jaya Baru.

Tiada ulasan: