Khamis, 14 Januari 2010

Mamat didenda curi telefon, jam

BERNAMA



SINGAPURA: Penyanyi rock Malaysia, Mamat, didenda S$1,000 (RM2,400) oleh Mahkamah Singapura semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan jam tangan daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lalu.

Mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang dan mendapati barangan berkenaan hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat sudah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.

Tiada ulasan: