Isnin, 4 Januari 2010

Kerajaan Selangor Cecah Kejayaan Keluarkan Petani Dari Kemiskinan


TV SELANGOR

Dari pendapatan tidak menentu sekadar purata RM500 sebulan para petani padi di Sabak Bernam, kini mampu kecap nikmat purata RM1,500 sebulan, menerusi usaha murni kerajaan Pakatan Rakyat mensaintifikkan pengeluaran tani dengan hasrat membebaskan golongan ini dari kepompong kemiskinan.

Demikian dinyatakan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, YB Yaakob Sapari, dalam temubual rancangan Apa Khabar Selangor, hanya menerusi TVSelangor.com. Rancangan ini disiarkan secara langsung 2 jam bermula jam 5 petang ini.

Tambahnya, kejayaan capai sasaran ini di kalangan petani padi di Sabak Bernam, telah mencuit minat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencemar duli dan melihat sendiri, seterusnya melangsungkan upacara menuai padi, dijangka bermula 10 pagi esok.

Keprihatinan Baginda Tuanku selari dengan perjuangan para pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggerakkan pakej rangsangan ekonomi demi memanfaat rakyat.

Menurut YB Yaakob Sapari acara lawatan Baginda Tuanku menyusul dengan persinggahan di Homestay Sungai Haji Dorani.

Untuk maksud liputan merakyatkan informasi, warga kerja TVSelangor.com sudahpun mula berkampung di Homestay Parit 15, dan berkongsi bahan yang memenuhi tuntutan penontonan 2010 ini menerusi TVSelangor.com.

Tiada ulasan: