Sabtu, 2 Januari 2010

Kerajaan Pusat Enggan Iktiraf Exco Sukan Selangor

TV SELANGOR

Umno-Barisan Nasional diselar kerana mengamalkan politik hasad dengki selepas tewas dalam PRU12 lalu.

Pemerintah Pusat diselar kerana enggan mengiktiraf Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Exco Belia dan Sukan Selangor, seraya merencatkan perkembangan atlat dan sukan negeri Selangor.

Timbalan Pengerusi Exco Belia dan Sukan Selangor Amirudin Shari berkata politik Umno-BN menyulitkan usaha pembangunan sukan.

Amirudin memberi amaran sekiranya iklim hasad-dengki ini berterusan, negeri Selangor akan kehilangan atlet-atlet berkebolehan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Sea 2009.

"Ada sesetengah pemimpin politik diatas yang tidak mengiktiraf perlantikan Menteri Besar selaku Exco Sukan. Ianya harus disahkan oleh Menteri berwajib namun jawatan itu sampai sekarang tidak disahkan," katanya.

Amirudin berkata demikian ketika ditemui Tv Selangor petang semalam.

Beliau berkata tiga surat memohon pengiktirafan dari kerajaan negeri telah diajukan kepada Menteri Belia dan Sukan namun sehingga ke hari ini tiada maklum balas diterima.

Amirudin melahirkan dukacitanya dengan perkembangan ini dan menyifatkan sikap Kerajaan Persekutuan keanak-anakkan.

Beliau berpendapat politik dan sukan tidak harus dipolitikkan, bahkan arena sukan harus menjadi platform mengikat kerjasama yang erat antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri melahirkan atlet-atlet kebanggaan rakyat Selangor.

"Sebagai contoh kita tidak sebagai ahli jawatankuasa di Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma. Pegawai kita sekadar dipanggil menjadi pemerhati walhal kita adalah peserta bagi Sukma 2010," tegasnya.

Tiada ulasan: