Jumaat, 1 Januari 2010

Kerajaan diharap sokong usaha dakwah terhadap golongan muda

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap turut membantu dalam menyelesaikan masalah moral dan akhlak masyarakat terutamanya anak-anak muda di dalam negara ini dengan menyokong sebarang aktiviti dakwah terhadap golongan itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan kepada media sebelum bermula program ziarah kasih malam tadi..

"Saya berharap selepas daripada ini, aktiviti ini kalau boleh disupport (sokongan) oleh pihak kerjaan sendiri sebab kerajaan sebenarnya lebih bertanggung jawab." katanya.

Beliau memberi contoh sebagaimana kerajaan negeri kelantan yang menganjurkan program akademi sayang nyawa semalam bertujuan untuk menyalurkan minat masyarakat kepada positif.

"mereka nak naik motor kita tak halang, mereka nak main bola kita tak halang, tinggal lagi cuma kita nak betulkan, cara mereka naik motor bagaimana pemanduan berhemah, tidak mengganggu nyawa yang lain, supaya tidak membinasakan diri mereka sendiri, dan juga main bola supaya mereka tidak melanggaar waktu solat dan lain-lain"

"Kita tak pisahkan hiburan dengan masyarakat tapi kita mahu hiburan yang mereka lakukan itu tidak sampai mendapat murka dari Allah SWT."tambah beliau.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat baru sahaja merasmikan penutup program akademi sayang nyawa di Kelantan semalam.

"Objektif program dakwah ziarah kasih adalah membantu menyelesaikan krisis keruntuhan moral dan juga gejala sosial negatif di dalam masyarakat dan negara."

"kita tidak mahu dalam keghairahan kita menyambut kedatangan tahun baru mereka mengorbankan harga diri mereka, mereka mengorbankan masa depan mereka, akhlak mereka, mengorbankan barangkali maruah mereka" tegas beliau.

Nasrudin juga mnyatakan bahawa PAS tidak menghalang sambutan Tahun Baru diadakan tetapi biarlah aktiviti tersebut bermanfaat seperti aktiviti nasyid, ceramah dan forum yang diadakan di masjid Asy-Syakirin pada malam itu.

"kalaupun ada aktiviti hiburan, biarlah aktiviti hiburan itu tidak mengheret anak-anak muda kita hanyut dan tenggelam dalam pengaruh nafsu dan syahwat yang merosakkan akhlak dan moral mereka" katanya.

Program ziarah Kasih anjuran Dewan Pemuda PAS bersama NISA' itu turut diadakan serentak di tempat-tempat lain seperti Dataran Merdeka, Bangsar, dan Taman Tasik Titiwangsa.

Tiada ulasan: