Isnin, 18 Januari 2010

Kedah rancang Pelan Strategik Lima Tahun

SINAR HARIAN ONLINE


ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedang menyediakan 'Pelan Strategik Kedah Sejahtera' yang akan menentukan halatuju bagi memacu pembangunan negeri sehingga 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pelan strategik yang dirancang dengan kerjasama perunding itu penting kerana kerajaan negeri sedar dengan perkembangan ekonomi yang tidak menentu.

Menurutnya, untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap menerusi kehadiran pelabur tempatan mahupun asing, satu pelan yang menjelaskan hala tuju itu amat penting.

"Keutamaan diberikan kepada bidang pertanian, ternakan, akuakultur, aktiviti memproses dan produk pelancongan di samping meneruskan industri sedia ada," kata Azizan semasa menyampaikan ucapan sembah tahniah pada istiadat penganugerahan darjah sempena keputeraan ke-82 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal dalam usaha mempercepatkan proses cadangan projek-projek swasta yang melibatkan tanah.-Bernama

Tiada ulasan: