Isnin, 4 Januari 2010

Jet Enjin: PR Gesa Pemerintah Jangan Lepas Tangan

TV SELANGOR


Pakatan Rakyat menggesa kerajaan untuk terus memantau perkembangan kes kehilangan enjin pesawat jet F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia yang kini diserahkan sepenuhnya ke Pejabat Peguam Negara.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata pihaknya yakin selepas tiga tahun kes ini berlaku Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia seharusnya telah mempunyai laporan lengkap berkenaan kejadian ini, dan demikian itu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat penyeludupan aset tentera negara ke tangan syarikat asing.

Gesaan ini dibuat kerana rakyat bimbang kes kehilangan jet enjin di tangan Peguam Negara Abdul Gani Patail akan menerima nasib yang sama seperti kes kontroversi, VK Lingam, yang sehingga ke hari ini tidak diheret ke mahkamah.

"Kita perlukan satu suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu ini, tidak cukup dengan hanya meyerahkannya kepada AG. Serah kepada AG bermakna tidak akan ada apa-apa tindakan seperti kes-kes lain iaitu kes Lingam.,"katanya.

"Bagi AG bermakna tindakan lepas tangan, tidak akan ada tindakan dan satu lagi jenayah yang tidak ada penjenayah,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa hanya Peguam Negera, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini kerana ia diserahkan sepenuhnya kepada beliau.

"Isu ini Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus menubuhkan suruhanjaya diraja di ketuai oleh personaliti yang berwibawa dan melakukan siasatan sepenuhnya,"katanya.

Tiada ulasan: