Sabtu, 16 Januari 2010

Jangan Guna ISA!

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – PAS mendesak Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya menyelesaikan kontroversi serangan ke atas gereja tanpa menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA). Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik tindakan kerajaan melaksanakan akta tersebut hanya menambahkan kezaliman dan tidak langsung membawa sebarang keadilan.

Menurutnya, PAS tidak pernah bersetuju dengan penggunaan ISA sekiranya akta itu ‘masih seperti dahulu’ disebabkan cara pelaksanaannya menangkap seseorang tanpa bukti kukuh.

“PAS menentang penggunaan ISA dalam menyelesaikan isu serangan gereja kerana mereka (kerajaan) akan menangkap orang tidak bersalah dan menghukumnya tanpa usul periksa,

“Dalam hal ini, kita minta kerajaan berhenti mempermainkan rakyat sebab isu (serangan gereja) ini boleh diibaratkan mencurahkan minyak ke dalam api malah mereka (kerajaan) sendiri membenarkan orang ramai berdemonstrasi.

“Tapi kita tengok yang mengadakan demonstrasi itu kebanyakannya orang UMNO dan sekarang mereka ingin guna ISA pula,”katanya, yang pernah menjadi tahanan akta zalim tersebut pada tahun 1980-an

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini yang bersetuju ISA digunakan jika langkah tersebut mampu membendung menularnya perbuatan menyerang gereja dan surau.

Beliau yang juga Jawatankuasa PAS Pusat yakin, kejadian mengejutkan negara itu masih mampu diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk media berhenti melakukan provokasi agar keadaan menjadi lebih tenang dan terkawal.

Tiada ulasan: