Selasa, 19 Januari 2010

Gunakan Telinga Tarik Kereta Sambil Berjalan Atas Telur

MSTAR ONLINE


Zhang lelaki yang memiliki keupayaan luar biasa. -Foto www.stunning-stuff.com

"DI mana ada kemahuan, di situ ada jalannya." Kita sering merujuk peribahasa ini untuk mendapatkan inspirasi bila mahu melakukan sesuatu agar yang susah menjadi mudah.

Barangkali peribahasa ini menjadi pegangan bagi seorang lelaki Cina yang mampu menarik kereta dengan telinganya sambil berjalan di atas telur-telur.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang itu berjaya menarik kereta sejauh 20 meter di Dehui, Jinli, China.

Orang ramai sangat mengagumi keupayaan Zhang yang menakjubkan itu.

Zhang berkongsi rahsia tentang keupayaan uniknya itu. Dia mula berlatih lagak mengagumkan itu sejak berumur lapan tahun.

Lain-lain keupayaan menariknya ialah mengangkat basikal seberat 25 kilogram dengan menggunakan mulutnya.

Aksi-aksi unik barangkali sukar dilakukan oleh orang kebiasaan, tetapi semuanya mudah bagi Zhang.

Tiada ulasan: