Selasa, 5 Januari 2010

Dasar dedah seleweng di PKFZ

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jemaah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) meluluskan pelaksanaan dasar 'Whistle-Blowing' atau dasar mendedah penyelewengan untuk diguna pakai di LPK dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ia adalah dasar bagi menggalakkan pendedahan laporan, pengakuan yang dibuat kakitangan, pembekal dan lain-lain pihak yang mempunyai kaitan dengan LPK, bagi sebarang penyalahgunaan, kesalahan dan rasuah.

"Juruaudit Dalaman LPK dilantik sebagai wakil bagi melaksanakan dasar itu, dan satu jawatankuasa 'Whistle Blower' juga sudah ditubuhkan," kata LPK dalam satu kenyataan, semalam.

Susulan itu, satu sesi taklimat sebagai hebahan terhadap pelaksanaan dasar berkenaan akan disampaikan kepada petugas LPK dan PKFZ oleh juruaudit dalaman LPK pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, LPK juga bersetuju mengemukakan cadangan kepada Menteri Pengangkutan berhubung pelantikan dua ahli jemaah bebas baru LPK, iaitu Datuk Ng Mann Cheong dan Mohd Nik Hasyudeen Yusoff.

Tiada ulasan: