Jumaat, 15 Januari 2010

Bomba Kelantan terima hamper 2,000 panggilan palsu sepanjang tahun lepas

BERNAMA


KOTA BHARU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menerima 1,845 panggilan palsu menerusi nombor talian kecemasan 994 sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman berkata, beliau amat kesal dengan perbuatan pemanggil yang tidak bertanggungjawab itu yang jelas menganggu tugas-tugas rasmi anggota bomba.

"Biasanya panggilan palsu ini diterima selepas waktu sekolah, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak," katanya, hari ini.

Beliau seterusnya meminta kerjasama ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka supaya tidak menyalahguna nombor talian kecemasan 994.

Tiada ulasan: