Rabu, 6 Januari 2010

Berubahkah SPRM dengan ketua baru?

SABAH DAILY


Datuk Abu Kassim Mohamed Isnin mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di sini.

Pelantikan Abu Kassim, 49, berkuatkuasa 1 Jan lepas bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memutuskan untuk bersara pada 31 Dis lalu iaitu lima bulan lebih awal daripada tempoh kontraknya berakhir.

Menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Sept 1984 sebagai pegawai siasatan, Abu Kassim memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Sains dalam bidang Kehakiman Jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007.

Apabila BPR bertukar menjadi suruhanjaya pada 1 Jan tahun lalu, Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya.

Persoalannya kini, apakah SPRM mampu berubah kepada yang lebih baik dan tidak dilihat hanya memihak kepada pihak pemerintah.

Namun, perkembangan mutakhir menunjukkan status quo SPRM masih tetap tidak berubah. Hanya Pengerusinya bertukar tetapi prinsip dan modus operandi kekal di takuk lama.

Terbukti apabila SPRM membuat laporan polis terhadap seorang ahli patologi, Porntip, yang umum melihat ia sebagai satu percubaan untuk menghalang autopsi kedua itu dibentangkan di dalam inkues nanti.

Tiada ulasan: