Khamis, 21 Januari 2010

Angka kematian gempa di Haiti cecah 75,000 orang

LAPORAN - AFP


PORT-AU-PRINCE: Angka kematian akibat gempa 7.0 magnitud di Haiti minggu lalu kini mencecah 75,000 manakala 250,000 lagi dilaporkan cedera dengan lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal.

Angka terbaru itu dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Haiti awal hari ini dengan negara Caribbean itu terus merayu bantuan antarabangsa untuk keperluan tempat perlindungan, makanan, ubat-ubatan dan kaunselor.

Kenyataan itu juga menyebut, hampir separuh bangunan di ibu negara itu musnah akibat gempa yang paling buruk sejak 160 tahun lalu.

Tiada ulasan: