Sabtu, 23 Januari 2010

9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus

MALAYSIA KINI


Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.

Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada pelajar dari beberapa universiti di Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Tiada ulasan: