Jumaat, 6 November 2009

Zaid bukan Pengerusi Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak spekulasi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebagai Penasihat PR, Zaid diamanahkan oleh pemimpin PR untuk mencari ‘titik persamaan’ supaya gabungan PKR, Pas dan DAP di bawah satu lambang menjadi kenyataan.

“Dakwaan ini tidak betul, Zaid dilantik menjadi pengantara untuk melaksanakan transformasi dalam PR.

“PR juga memberi kepercayaan kepadanya untuk mengkaji penubuhan PR sebagai satu organisasi yang sah,”: katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

:Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pula menjelaskan Zaid hanya digunakan sebagai satu nama untuk memohon sebuah entiti baru iaitu PR sebagai sebuah badan yang sah.

:“Ia seperti mendaftar sebuah syarikat, kita dapatkan satu nama dan hantar permohonan kita, ia adalah prosedur ringkas untuk mendaftar sebuah parti,” katanya.

Ditanya sama ada konvensyen PR pada Disember nanti membincangkan mengenai kepimpinan pusat PR, Tian menjawab konvensyen tersebut tidak akan digunakan untuk memilih kepimpinan pusat.

“Tidak, konvensyen itu untuk memperkukuhkan PR, ia adalah berlainan, seperti mendaftar syarikat dan strategi pemasaran, ia adalah perkara berlainan,” katanya.

Tiada ulasan: