Jumaat, 6 November 2009

Wong Bersedia Letak Jawatan Sekiranya Didapati Bersalah

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


“Sekiranya saya bersalah, saya sedia letak jawatan”, itulah yang akan dilakukan oleh Pegawai Khas, Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Wong Chuan How yang bersedia untuk melepaskan semua jawatannya dalam parti dan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya didapati bersalah.

Wong dalam satu kenyataan yang dibaca oleh majikannya Exco Selangor, Ronnie Liu semalam berkata, beliau sudah mengemukakan surat peletakkan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Wong membidas sekeras-kerasnya tuduhan SPRM terhadapnya itu kerana beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Tindakan Wong ini adalah untuk menjaga imej dan membersihkan reputasinya dalam Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor.

Jelas Ronnie Liu, tindakan SPRM terhadap Wong baru-baru ini adalah mainan politik Barisan Nasional yang mahu rakyat Selangor hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

“Basically Wong is saying that his innocent, and he strongly feel MACC charges against him baseless, and he has solid evidence to proof it. He said that this is another political motivated accusation to tarnish his reputation and also the image of entire Pakatan Rakyat and the respective leader.

“In the event he was proven guilty in court, he will then relinquish all his position in the party and also position in the Pakatan Rakyat Government, now he is Ahli Majlis of Sepang”, kata Ronnie Liu pada sidang media di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam semalam.

Wong sebelum ini dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada Selasa lalu kerana dituduh mengemukakan borang peruntukan dan invois palsu serta melakukan pecah amanah berjumlah 7,500 ringgit.

Tiada ulasan: