Jumaat, 13 November 2009

Sumpah Baiah Memang Termaktub Dalam Enakmen Keluarga Islam

BERNAMA


KOTA BAHARU: Sumpah bai'ah dibolehkan dalam Islam dan ada termaktub dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002, yang membolehkan Mahkamah Syariah di negeri itu mengendalikan kes membabitkannya.

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty, bagaimanapun, berkata setakat ini tidak ada kes yang membabitkan pasangan yang terlibat dalam kes bai'ah berlaku di negeri itu sama ada melibatkan pemimpin politik atau orang awam.

Menurutnya sehingga ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada manamana pihak untuk mengesahkan perceraian taklik yang membabitkan sumpah bai'ah.

"Sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu, kerana jika ada kes (itu) saya mesti tahu," katanya kepada Bernama.

Sumpah bai'ah menjadi bahan perbahasan semasa apabila Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas barubaru ini mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpinpemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masingmasing jika mereka mengkhianati parti seperti menyertai parti lain.

Bagaimanapun, pemimpinpemimpin Pas menafikan wujud lafaz bai'ah itu dalam parti itu.

Menurut Abu Bakar, sesiapa sahaja boleh membuat lafaz atau sumpah bai'ah untuk menyatakan taat setia dalam sesuatu ikatan perjanjian, termasuk pasangan suami isteri.

"Ia adalah suatu bentuk perjanjian yang amat tinggi dan besar kesannya, bukan merupakan aku janji biasa dan tidak boleh dipermainkan," katanya.

Abu Bakar, yang juga bekas Ketua Pendakwa Syarie, berkata pasangan yang melakukan lafaz sumpah itu boleh mengesahkan cerai taklik mereka di Mahkamah Syariah dan tertakluk di bawah Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Tiada ulasan: