Jumaat, 20 November 2009

SPRM Edar Garis Panduan Sesi Soal Siasat

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan satu garis panduan mengenai sesi soal siasat yang hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat untuk diedarkan kepada semua pejabat SPRM.

Menurut satu kenyataan suruhanjaya itu hari ini, SPRM akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang memutuskan SPRM hanya boleh melakukan sesi soal siasat pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Tiada ulasan: