Sabtu, 21 November 2009

Selangor sedia tamat kontrak air, sampah

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Syarikat-sya rikat perkhidmatan pengurusan sampah dan bekalan air di Selangor akan berdepan dengan penamatan kontrak apabila Kerajaan Negeri bertegas menggunakan kuasa mereka berbuat demikian sekiranya perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu akan dilaksanakan demi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat negeri ini terjamin meskipun sudah terikat dengan perjanjian.

“Kita akan gunakan kuasa yang ada. Dan, kalau perlu tukar atau ubah kita akan ubah,” katanya.

Menurutnya, apa yang dihadapi oleh rakyat kini adalah penghasilan produk berdasarkan perancangan dan implementasi yang lemah berpunca daripada pemerintah sebelum ini yang tidak melihat sesuatu kepentingan itu untuk jangka masa panjang.

Tiada ulasan: