Ahad, 22 November 2009

RM 1000 bagi mangsa Bukit Antarabangsa...ingatlah rakyat Berembang

Herman Samsudeen


Mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa tidak puas hati dengan bayaran bantuan RM 1000 yang diberikan Kerajaan Selangor. Mereka anggap tidak mencukupi….teringat tragedi perobohan rumah rakyat di Berembang oleh MPAJ…selepas rumah dirobohkan mereka terpaksa tidur berlantaikan bumi berbumbungkan langit…itulah ‘rumah kondo mereka’ tanpa bantuan sesen pun dari Kerajaan BN…

Tragedi Berembang sukar untuk ku lupakan kerana saya berada disana dan melihat sendiri derita mereka siang dan malam…hatta majlis perkahwinan seorang kariah merekak pun diadakan ditengah-tengah runtuhan pengkampungan malang itu…setiap kali dari balik dari tugas di Berembang saya akan merenung panjang & bermuhasabah sebelum tidur…

Berbeza dengan Tragedi Bukit Antarabangsa, saya pergi juga tapi kesannya tidak begitu mendalam…apa lagi bila mendengarkan mereka dapat menginap di hotel dan kemudiannya mendapat bantuan segera Kerajaan…jauh sekali dengan nasib penduduk Berembang.

Maklumlah, yang duduk Bukit Antarabangsa ini orang kaya, di Berembang itu adalah mereka yang hidupnya sederhana, malah ada yang miskin juga. Kerajaan BN pun tak nak peduli..di Bukit Antarabangsa berduyun2 NGO & Agensi Kerajaan berikan bantuan.

Tiada ulasan: