Rabu, 11 November 2009

Pusat Giat Mara terbengkalai di Mantailang, disambung peruntukkan RM2 juta.

Oleh: Mail Mathew


TENOM: Pegawai Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Jamawi Jaafar menjelaskan bahawa Kementerian itu telah memperuntukkan RM2 juta untuk menyiapkan projek Pusat Giat Mara disini telah terbengkalai kira kira tiga tahun lalu, dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam masa terdekat.

Katanya lagi, manakala peruntukkan sejumlah RM700 ribu telah pun dimulakan untuk kerja kerja menaiktaraf tabika Lagud Sebrang dan Kuala Tomani.

Beliau yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno disini berkata demikian dihadapan kira kira 400 orang hadirin terdiri daripada para ibubapa dan kanak kanak Tabika KEMAS di Dewan Seri Antanom dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen kanak kanak TABIKA KEMAS disini bagi tahun 2009, yang turut dihadiri para Pegawai kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin pemimpin masyarakat tempatan.

Beliau berkata, sejak KEMAS dipindahkan dibawah Kemneterian Pembangunan Luar Bandar dalam penyusunan kabinet yang lalu, banyak program telah pun kemasyarakat telah pun dirancangkan antaranya kursus jahitan jangka pendek selama 5 hari khusus untuk golongan miskin tegar yang telah tersenarai dengan e-kasih.

Selain itu, berbagai program juga telah dirancang dan sedang berjalan seperti kursus jahitan dalam jangka masa 6 bulan, dimana setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus itu dengan baik akan menerima satu set mesin jahitan.

“ Sesungguhnya inilah hasil yang dinikmati rakyat atas daya usaha kerajaan BN untuk menaiktarafkan sosio ekonomi rakyat berkonsepkan 1Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-6 Dato’Seri Najib Tun Razak,” kata Jamawi.

Jamawi seterus menyeru para ibubapa agar tidak jemu jemu menghantar anak anak mereka menimba ilmu ke sekolah sekolah yang bermula daripada TABIKA, kerana anak anak itu beliau ibaratkan sehelai kain putih yang putih bersih, dan terpulanglah kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkan batiknya supaya ia lebih bermutu.

“Dalam perlumbaan mengejar ilmu dalam abad ke-21 kita perlu bersaing sesama sendiri …lebih lebih lagi dengan situasi sekarang dimana penerokaan ilmu pendidikan yang tanpa batasan atau sempadan…dan kita kena mengharungi cabaran ini,” tegas beliau.

Atas keperluan itu kata Jamawi, kerajaan menerusi KPLW telah menyediakan program tambahan makanan seimbang (PTMS) untuk TABIKA supaya anak anak terus disuburkan minda dengan menikmati makanan yang berzat dan berkhasiat.

Tiada ulasan: