Rabu, 25 November 2009

Proton Juara kurang dapat sambutan, iktiraf hanya 1 bintang

Azamin Amin


KUALA LUMPUR : Parlimen hari ini diberitahu bahawa kereta Proton Juara buatan negara ini kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Husin ketika menjawab soalan Hee Loy Sian(DAP- Petaling Jaya Selatan) yang meminta kemeterian beliau menyatakan apakah statistik pembuatan dan jualan kereta ‘Savy’ dan ‘Juara’ yang dicapai oleh Proton; dan berapakah kerugian atau keuntungan yang dicatatkan oleh Proton bagi kedua-dua jenis kereta ini, termasuk kos Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Awang mengakui prestasi pembuatan kerata nasional dan kualitinya harus ditingkatkan supaya sesuai di pasarkan di luar negara dan dalam masa yang sama berusaha mencari rakan kongsi niaga terdiri daripada 'pemain' utama pengeluar kenderaan dunia untuk meningkatkan perstasi jualan.

Sebelum itu, Hee mempersoalkan bagaiaman kenderaan nasional yang dipasang di luar negara seperti Australia hanya mendapat pengiktirafan satu bintang berbanding kenderaan lain yang mendapat anugerah sekurang-kurangnya empat bintang.

"Jika hanya 1 bintang, sebenarnya ia tidak boleh dijual kerana ianya dianggap tidak selamat," katanya mendedahkan.

terdahulu, Awang memberitahu bahawa hasil jualan Proton Juara sungguhpun jualan tidak memberngsangkan, namun hasilnya ialah sejumlah RM116 juta di mana kos pelaburannya mencecah RM38 juta.

Sejak 2005 sehingga 2007, jumlah keluaran Proton Juara ialah sebanyak 3,490 unit dan terjual sejumlah 3,422 unit kesemuanya.

Selain itu, kos pelaburan termasuk R&D bagi model Proton Savy adalah sebanyak RM504 juta manakala hasil jualannya bagi tempoh lima tahun dari 2005 sehingga 2009 di pasaran domestik ialah RM694 juta, kata Awang Adek.

Tiada ulasan: