Khamis, 26 November 2009

Pertimbang Kelab 1Malaysia

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan Kelab 1Malaysia di sekolah bagi membolehkan generasi muda menghayati gagasan itu akan dipertimbangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, kementerian sudah menganjurkan perkhemahan 1Malaysia dan akan melaksanakan asrama 1Malaysia seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di Parlimen supaya menubuhkan Kelab 1Malaysia di mana ia boleh dimanfaatkan dalam waktu kokurikulum dan dapat memberi penghayatan mengenai perlembagaan, rukun negara dan hak asasi.

Kepada soalan lain sama ada kerajaan berhasrat menjadikan pengajian mengenai hak yang termaktub dalam Perlembagaan di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, Mohd Puad berkata, mata pelajaran Perlembagaan Persekutuan tidak diajar sebagai satu mata pelajaran khusus di sekolah.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan memandangkan Kementerian Pelajaran meng-amalkan sikap terbuka dalam melaksanakan dasar pendidikan negara.

Beliau turut memberi jaminan yang pegawai di kementerian tidak dipengaruhi mana-mana parti politik dan ditadbir secara profesional.

Tiada ulasan: