Khamis, 5 November 2009

Permohonan Nizar Untuk Korum Penuh Ditolak

TV SELANGOR


Perbicaraan menentukan Menteri Besar Perak bermula hari ini. Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Nizar Jamaluddin merayu kes ini dibicarakan oleh kuorom penuh 11 hakim.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff mengetuai panel lima hakim dalam kes ini seraya mengarahkan kes Nizar melawan Zambry Abdul Kadir disegerakan serta-merta.

Keputusan ini menimbul seribu tanda-tanya kerana Mahkamah sebelum ini membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Nizar memfailkan permohonan 11 hakim untuk mendengar kes ini kerana mata rakyat Malaysia tertumpu pada kes hari ini dan kesannya keatas lanskap politik negara.

Selain dari Alauddin, lima hakim dalam panel hari ini adalah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifiin Zakaria, Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datul Abdull Hamid Embong.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku penterjemah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan turut hadir.

Nizar dibantu peguam kanan Sulaiman Abdullah dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, manakala Zambry diwakili peguam Cecil Abraham.

Tiada ulasan: