Khamis, 19 November 2009

Penjara Guantanamo ditutup tahun depan

Reuters


WASHINGTON - Presiden Barack Obama hari ini berkata bahawa beliau percaya penjara tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba boleh ditutup tahun depan, namun pada masa yang sama menyedari bahawa beliau tidak mampu melakukannya sejak menjadi Presiden Januari lalu.

Obama berkata, beliau tidak kecewa dengan kegagalan berbuat demikian dalam tempoh setahun seperti yang dikatakannya sejak mengambil alih jawatan pada Januari lalu kerana menurutnya, “ Saya tahu ia akan menjadi sedikit sukar,”

Beliau membuat komen itu di Beijing dalam satu temu bual yang akan disiarkan pada Rangkaian Berita Fox `Laporan Khas bersama Bret Baier’ Rabu depan.

“Kami dalam proses di mana saya jangkakan Guantanamo akan ditutup pada tahun depan,” kata Obama, namun enggan memberitahu tarikh sebenar bila ia akan ditutup.

Pentadbiran Obama mengalami kesulitan untuk menutup penjara tersebut kerana ramai di antara penggubal undang-undang agak keberatan untuk memindahkan penghuni penjara ke AS.

Tiada ulasan: