Selasa, 3 November 2009

Penangkapan Asri ada motif tersembunyi?


sebahagian penyokong Dr. Mohd. Asri yang hadir di pekarangan Mahkamah Syariah Gombak Timur ,Ulu Klang, Selangor, semalam.

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam dilihat mempunyai agenda tersembunyi berbentuk kepentingan peribadi dan kelompok individu tertentu.

Pengasas dan bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, rentetan peristiwa itu seolah-olah wujud usaha menghalang Perdana Menteri melantik Asri sebagai Yang Dipertua Yadim.

"Adakah gerakan dakwah tabligh, pendakwah-pendakwah bebas yang bergerak dari masjid ke masjid mempunyai tauliah?

"Adakah penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dusuki menyifatkan tuduhan dilemparkan kepada Asri seperti menolak iktikad Ahli Sunnah Waljamaah adalah amat berat dan serius bahkan memalukan umat Islam.

Beliau juga mempersoalkan hubungan Persatuan Peguam Syarie Malaysia dengan Yadim sehingga mereka terdorong membuat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sedangkan Yadim adalah di bawah tanggungjawab Perdana Menteri.

Tiada ulasan: