Isnin, 2 November 2009

Pembantu Ronnie ke mahkamah, esok

MALAYSIA KINI


Seorang pembantu Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor, di DUN Sungai Pelek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok, dipercayai berhubung siasatan isu peruntukan wang kerajaan negeri.

Wong Chuan How - ditugaskan untuk memantau kawasan tersebut, yang dimenangi MCA, sebagai DUN angkat Ronnie - disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lalu.

Peguamnya, yang juga seorang wakil rakyat DAP, Cha Kee Chin mengesahkan kepada Malaysiakini hari ini bahawa Wong menerima notis untuk hadir di mahkamah tersebut beberapa hari lalu.

Pembantu Ronnie itu, ADUN Pandamaran, mendapat liputan meluas apabila mengalami kecederaan selepas bergelut dengan pegawai-pegawai SPRM yang ingin merekodkan keterangannya di pejabat pusat khidmat di Sungai Pelek.

Wong, 50, tercedera di bahagian kaki selepas didakwa ditolak oleh pegawai suruhanjaya itu sewaktu mereka cuba menyiasat lelaki itu, yang juga ahli Majlis Perbandaran Sepang, berhubung perbelanjaan wang peruntukan DUN.

SPRM bagaimanapun menafika pegawainya pernah berbuat demikian sehingga Wong tercedera.

Tiada ulasan: