Rabu, 18 November 2009

Pakatan tolak lantik Dr M

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak layak diberi jawatan sebagai Menteri Kanan kerana didakwa gagal menjadi pemerintah yang baik sewaktu menjawat jawatan nombor satu negara, kata pembangkang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tiada keperluan untuk negara melantik bekas Perdana Menteri itu menjawat jawatan tersebut.

“Sudah cukup selama 22 tahun semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri beliau merosakkan sistem di negara ini dari segi ekonomi, perundangan, kehakiman, hak asasi manusia, khazanah negara dan banyak lagi.

“Cukuplah 22 tahun memerintah dan melakukan kerosakan. Kita tidak mahu perkara yang sama berulang dan tiada keperluan beliau dilantik sebagai Menteri Kanan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Tiada ulasan: