Selasa, 17 November 2009

Mualaf mangsa pertama di Kedah

BERITA HARIAN ONLINE


PENDANG: Seorang mualaf berusia 60-an menjadi mangsa pertama banjir di negeri ini selepas ditemui lemas di Sungai Kampung Alor Mengkuang, Bukit Raya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu, cuba melalui jalan mini tar yang dinaiki air sedalam 0.5 meter dengan menunggang motosikal sebelum terbabas ke dalam sungai berkenaan.

Saksi, Zahari Zakaria, 49, berkata dia nampak lelaki itu meredah banjir dan sempat menjerit meminta dia tidak melalui kawasan itu, tetapi mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya ketika melalui jalan berhampiran sungai itu.

"Saya nampak dia jatuh ke dalam sungai bersama motosikalnya dan berlari ke tempat kejadian sambil menjerit meminta tolong tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana air deras," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, mualaf itu yang hanya dikenali sebagai 'Lebai' sering ke rumah penduduk kampung setiap kali selepas musim menuai padi

untuk mengambil zakat dan polis yang tiba untuk menjalankan operasi menyelamat menemui mayatnya tidak jauh dari tempat dia terjatuh sejam kemudian.

Tiada ulasan: