Jumaat, 6 November 2009

MCA wajar adakan segera pemilihan baru

BERITA HARIAN ONLINE


JOHOR BAHRU: MCA perlu mengadakan satu pemilihan baru dengan segera bagi menangani krisis kepimpinan parti itu yang semakin serius, kata Naib Presiden MCA, Tan Kok Hong.

Bagaimanapun, katanya, kewajaran pemilihan baru itu terserah kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti sama ada mahu melaksanakannya atau tidak.

Katanya, kemelut parti itu seharusnya sudah selesai kerana MCA mempunyai agenda lebih besar dengan melakukan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Fokus utama MCA ketika ini ialah mesti memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menawan hati pengundi untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

”Ia adalah tugas lebih penting kerana MCA bukan saja perlu menarik kembali sokongan masyarakat Cina, namun seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 kilang plastik, BASF Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, di sini, semalam.

Tiada ulasan: