Selasa, 3 November 2009

MCA pecat empat AJK pusat

MALAYSIA KINI



Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat memecat empat anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang dilantik pagi ini - kira-kira empat jam sebelum mesyuarat CC berlangsung tengahari ini.

Mereka yang dipecat itu ialah Datuk Chor Chee Heung, Datuk Chai Kim Sen, Yoo Wei How dan Gan Hon Su - semuanya penyokong Timbalan Presiden yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mereka adalah antara 16 anggota jawatankuasa pusat yang menandatangani memorandum mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA diadakan bagi menentukan sama ada perlu diadakan pemilihan pucuk pimpinan MCA yang baru.

NONEChor merupakan timbalan menteri kewangan, manakala Chai pula setiausaha agung Pemuda MCA

Yoo pula merupakan setiausaha organisasi MCA manakala Gan adalah timbalannya.

Ekoran iatu, tiga orang - Tan Chin Meng, Chua Tee Yong dan Datuk Donald Lim - dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat.

Manakala Senator Heng Seai Kie pula dilantik menggantikan Lee Wee Kiat dilantik sebagai ketua penerangan. Lee merupakan antara penyokong Liow.

Heng merupakan setiausaha agung Wanita MCA dan juga timbalan menteri penerangan, telekomunikasi, kesenian dan kebudayaan.

Sementara Ong telah melantik Lim Hong Sang sebagai ketua baru biro undang-undang MCA.

Beliau menggantikan Leong Tang Chong yang dipecat sebelum ini.

Tiada ulasan: