Khamis, 5 November 2009

Loji air Salak Tinggi ditutup lagi

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Salak Tinggi yang diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) ditutup sejak dua hari lalu, disebabkan pencemaran dan kandungan amonia tinggi.

Loji itu yang ditutup buat kali keempat tahun ini, baru dibuka semula pada 21 Oktober lalu selepas ditutup selama 24 hari kerana masalah yang sama, iaitu air berbuih dan sedikit berbau di dalam sumber air mentah dari Sungai Labu yang merentasi Negeri Sembilan dan Selangor.

“Tempoh penutupan loji ini belum dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada faktor cuaca,” kata Abdul Halem Mat Som, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, punca pencemaran sumber air mentah itu masih disiasat PNSB dan bekalan air ke kawasan yang terbabit dialihkan daripada loji Sungai Semenyih untuk mengelakkan gangguan bekalan air.

Tiada ulasan: