Ahad, 8 November 2009

Kerajaan Negeri Sumbang RM106,500 pada Waris Skim Mesra Usia Warga Emas

SELANGOR KINI


Kerajaan negeri Selangor hari ini menyampaikan baki sumbangan khairat kematian RM1500 ringgit seorang kepada 71 waris keluarga si mati yang mendaftar dalam Skim Mesra Usia Emas.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata sebanyak RM106,500 ringgit diperuntukkan untuk bayaran peringkat kedua membabitkan 20 penerima dari Dun Meru, 37 dari Dun Sungai Pinang dan 14 lagi dari Dun Sementa.

“Saya rasakan selama hampir setahun program ini dilaksanakan kita nampak bahawa sambutannya begitu memberangsangkan dan saya harap program ini dapat diteruskan dengan fasa kedua yang kami sedang dapatkan kelulusan daripada majlis mesyuarat kerajaan negeri dan saya harap program fasa kedua ini boleh memberikan banyak lagi manfaat kepada warga emas yang masih hidup dan juga warga emas yg kita rasakan selain daripada isu pemakanan isu kesihatan juga penting untuk mereka”,katanya.

Rodziah berkata demikian kepada TV Selangor selepas menyampaikan bayaran kepada waris si mati petang tadi.

Majlis penyampaian peringkat kedua berkenaan telah disempurnakan Rodziah bersama wakil Adun Meru, Sucipto Osman, wakil Adun Sementa,Saadon Muah dan wakil Adun Sungai Pinang, Tan Chee Geap di Dewan Sri Kayangan, Batu 10 Kapar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir.

Dalam majlis itu, Rodziah turut menasihatkan waris penerima agar menggunakan wang yang diberikan sebaik mungkin.

“Saya menasihatkan supaya penerima mengambil ianya dengan penuh rasa tanggungjawab.Ianya adalah untuk memberikan yang terbaik pertama kita fikir tentang arwah itu dulu, yang keduannya ialah kalau ada lebihan dan sebagainya ia sepatutnya diberikan semula sebagai untuk membantu meringankan keluarga jika mereka ada benda yang terhutang dan sebagainya.Itu yang lebih penting”,katanya.

Sementara itu, rata-rata waris yang menerima bantuan skim mesra usia emas ini melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Menurut mereka, bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka terutama dalam menguruskan pengebumiaan si mati.

“Duit ini untuk buat kenduri arwahlah…buat korban.dapat lah buat umrah bagi orang pergi umrah”,katanya.

Perasaan bersyukur turut dilahirkan Logeswary A/P Gopal dari Pekan Kapar, Klang.

“Saya bagi kepada mak sayalah…apa yang dia nak buat,buatlah.ini untuk mak sayalah kerana duit ini untuk bapa”,katanya.

Tiada ulasan: