Isnin, 16 November 2009

Kerajaan diminta segerakan pembinaan hospital baru Kuala Krai

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR : Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) mencadangkan agar pembinaan hospital baru di Kuala Krai disegerakan melalui kaedah 'bina-kendali-pindah (build-operate-transfer) iaitu pihak swasta akan membina, mengendali dan menyelenggara kemudahan tersebut.

Hatta dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi dukacita dengan keputusan Menteri Kesihatan menangguhkan pembinaan hospital berkenaan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 atas alasan peruntukan untuk pembinaannya tidak mencukupi.

Sedangkan katanya, pembinaannya telah dipersetujui sebelum ini beserta pelan dan tanah seluas seratus ekar.

"Yang mendukacitakan ialah apabila hospital yang telah dipersetujui dengan pelan dan tanah yang sebegitu luas, seratus ekar disediakan.Rakyat Kuala Krai menunggu hospital itu siap tetapi tiba-tiba dimaklumkan projek ini ditangguhkan kepada RMK10.Alasannya seperti biasa,tiada peruntukan yang cukup," katanya.

Hatta dalam soalannya meminta Menteri Kesihatan menyatakan samaada kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara 'build-operate-transfer (bina-kendali-pindah) oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-9.

Beliau berkata, syarikat swasta yang besar contohnya Petronas boleh melaksanakan projek berkenaan bagi membolehkan hospital baru dibina segera untuk kepentingan rakyat di kawasan itu.

Ini kerana ujarnya, hospital sedia ada yang sedang dinaik taraf tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

"Apalah salahnya kalau syarikat seperti Petronas boleh melaksanakan projek ini untuk kepentingan rakyat Kuala Krai.Itu pandangan saya.Samaada kita boleh memikirkan peluang untuk menyediakan hospital yang baru ini kerana memang hospital lama yang sedang dinaiktaraf tetapi tidak cukup untuk menempatkan pesakit dalam jumlah yang ramai," Ujarnya.

Petronas merupakan salah sebuah agensi yang terlibat dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

ia lebih kepada konsep direct nego yang buat masa ini hanya dilaksanakan dengan kelulusan PM

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dalam jawapannya bagaimana pun berkata, pembinaan secara bina-kendali-pindah yang lebih kepada konsep runding terus hanya dapat dilaksanakan dengan kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan: