Selasa, 10 November 2009

Keadilan Untuk Tian Chua

MERDEKA REVIEW



Kempen Tandatangan "Keadilan Untuk Tian Chua" sekali lagi berjaya dianjurkan di tiga tempat sekitar Lembah Klang dan mendapat 1000 tandatangan dalam masa tiga jam sahaja.

Parti Keadilan Rakyat telah menganjur kempen tandatangan "Keadilan Untuk Tian Chua" yang kedua pada pukul 8 pagi semalam (8 November) di Petaling Jaya Oldtown, PJ Section SS2 dan Jinjang Selatan.

Tujuan kempen ini adalah untuk menyatakan bantahan ke atas hukuman yang dijatuhkan kepada Ahli Parlimen Batu - Tian Chua yang akan menyebabkannya hilang kelayakan sebagai seorang ahli parlimen.

Ahli Majlis Selayang-Lee Khai Loon, Ahli Majlis PJ- Chan Chee Kong, Tang Fuie Koh dan EXCO AMK Ginie Lim telah turun padang ke PJ Oldtown dan Section SS2 untuk menjelaskan kes dakwaan Tian Chua menggigit polis kepada penduduk-penduduk.

Kira-kira 10 orang ahli dan penyokong KEADILAN turut menyedar risalah "Keadilan Untuk Tian Chua" dan mengumpul tandatangan dari penduduk-penduduk untuk menyokong Tian Chua.

Ketua Biro Penerangan AMK Lee Khai Loon juga menyatakan kes Tian Chua didakwa mengigit polis adalah konspirasi politik kerana video dan gambar membuktikan Tian Chua tidak pernah menggigit polis.

Dia juga mengecam tindakan polis bukan sahaja menumbuk Tian Chua, ia juga menfitnah Tian Chua menggigit tangan dia.

"Tian Chua adalah pemimpin yang berani memperjuangkan hak dan demokrasi, oleh itu kita mesti menyokong pejuang rakyat kita ini supaya dia boleh terus berjuang untuk rakyat dalam Dewan Rakyat," sambung Lee.

Lee juga mengumumkan Parti Keadilan Rakyat akan menganjur Majlis Makan Malam bersama Tian Chua pada hari Sabtu (14 November) di ruang kosong berdekatan Pasar Selayang Jaya, bagi mengumpul tandatangan sokongan daripada orang awam.

Tiket Majlis Malam tersebut berharga RM50 seorang, sesiapa yang berminat sila hubungi saudara Chee - 012-309 6671 atau saudara Chan -012-536 0040.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Speaker DUN Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan pimpinan Pakatan Rakyat lain akan hadir ke majlis makan tersebut.

Kempen Tandatangan "Keadilan Untuk Tian Chua" telah dilancarkan seminggu yang lalu dan berjaya mendapat sokongan kuat daripada rakyat. Oleh itu KEADILAN melancarkan kempen tandatangan online "Keadilan Untuk Tian Chua" untuk memudahkan orang ramai menyertai kempen ini, tandatangan online boleh didapati di laman web yang berikut : http://www.petitiononline.com/j4tc/

Tiada ulasan: