Rabu, 18 November 2009

Jentera pilihan raya Pas siap sedia: Salahuddin

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR- Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu sudah sedia menggerakkan jentera pilihan rayanya pada bila–bila masa bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

“Setakat ini, jika Pas menandingi kerusi tersebut pada pilihan raya lalu, maka calon Pas akan diletakkan, namun semuanya terpulang kepada keputusan Pimpinan PR,” katanya.

Menurutnya, walaupun UMNO berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama beberapa penggal, ia tidak menjadi penghalang peluang Pas untuk merampas kerusi tersebut sekiranya pilihan raya kecil DUN itu diadakan.

“Setiap pilihan raya yang diadakan, sudah tentu kita mengharapkan kemenangan dan kali ini, kita akan kerahkan jentera untuk mencapai misi kemenangan pada pilihan raya tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, Pengarah Pilihan raya Parti Keadailan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya juga telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

“Kita sedang menunggu arahan daripada pimpinan tertinggi untuk menggerakkan jentera.

“Kita akan bersama- sama Pas untuk merampas kembali kerusi terbabit,” katanya.

Tiada ulasan: